Cloud Camera, 300Mbps Wi-Fi NC200

  • tpCamera App - Use the tpCamera app to access feeds from anywhere, at any time
  • Motion Detection - Immediate notification by email whenever motion is detected
  • Easy Setup - Install and operate the camera within minutes
  •  300Mbps Wireless - 300Mbps wireless for fluid video and Wi-Fi extension
 

STAY CONNECTED AND SECURE

TP-LINK’s NC200 is your perfect home and office companion, to help you keep in touch with what matters most, providing you with that sense of well-being while you are at work or play.

  • BABY MONITORING, SAFE AND WELL

  • SENIOR MONITORING, BECAUSE YOU CARE

  • PET MONITORING, WATCH THE MISCHIEF

  • HOME SECURITY, PEACE OF MIND

  • BUSINESS SECURITY, PROTECT YOUR INTERESTS

ANYWHERE, ANYTIME
ACCESS WITH THE tpCamera APP

With the tpCamera App for your smartphone, you can record videos, take pictures or just check up on what's happening wherever there is Internet. Whether you are at the office or at play, you’ll never miss those special moments. NC200 helps you always be there, even when you are not.

  • At Work
  • On Business Trip
  • On Vacation

STAY ALERT WITH MOTION DETECTION AND INSTANT EMAIL

The NC200 can be set up to send immediate notifications by email whenever motion is detected automatically, allowing you to remain aware of whatever's happening on the ground, giving you great peace of mind.

A STRAIGHT FORWARD SETUP AND FLEXIBLE DEPLOYMENT

SET UP IN MINUTES

The set up is so simple and user friendly, that anyone can install and operate the camera within minutes, and WPS support means that if you have a router with WPS button, you can complete the setup, wirelessly. The tpCamera App also guides you through all the configurations and settings. It's child’s play.

Router(WPS)

Download the tpCamera® App via App Store®/Google Play® or scan the QR Code, and register

  • Connect
  • your
  • camera
  • Enjoy
  • live
  • streaming

ADAPTABLE PLACEMENT

With the sticky pad or screws, you can place your NC200 anywhere you want, on the table, the wall, or even on the ceiling.

  • On the Desk
  • On the Wall
  • On the Ceiling

300MBPS WIRELESS
FOR FLUID VIDEO & WI-FI EXPANSION

With a stable high speed Wi-Fi connection of up to 300Mbps, you can enjoy fluid video streaming with ease. In addition, the NC200 can also expand your Wi-Fi network with its Wi-Fi Extender functionality.

CAMERA
Image Sensor 1/4" Progressive scan CMOS sensor
Resolution 0.3 Megapixel (640 x 480)
Lens F: 2.8, f: 3.85 mm
Viewing Angle FOV = 64°
Digital Zoom 4x Digital
Minimum Illumination 0.5 Lux
VIDEO/IMAGE
Video Compression MJPEG
Frame Rate & Resolutions Max. 20 fps at 640x480 (VGA)
Max. 20fps at 320x240 (QVGA)
Video Streaming Controllable Frame rate
Image Settings Rotation: Mirror, Flip
Configurable brightness, contrast, saturation
Overlay capabilities: time, date, text
AUDIO
Audio Communication 1-Way
Audio Input Built-in microphone
ALARM AND EVENT MANAGEMENT
Notification E-mail
Triggering Event Motion detection
NETWORK
Standards and Protocols Bonjour, TCP/IP, DHCP, PPPoE, ARP, ICMP, FTP,
SMTP,DNS, UPnP, HTTP and UDP
Security Multiple password-protected user levels
WIRELESS
Wireless Data Rates IEEE 802.11 b/g/n, Up to 300Mbps
Frequency 2.4-2.4835GHz
Wireless Transmit Power <20dBm (EIRP)
Wireless Encryption WEP, WPA/WPA2, WPA-PSK/WPA2-PSK
INTERFACES
Network Interface RJ-45 for Ethernet 10/100 Base-T
Power Connector DC power jack
Button Reset/WPS push button
SURVEILLANCE MANAGEMENT
Free Management Software Viewing and recording up to 36 cameras
MINIMUM SYSTEM REQUIREMENTS
Smartphone OS iOS 7.0 or higher
Android 3.0 or higher
Supported Browser Mozilla Firefox 4.0, Opera 12 or higher, Safari 5.0 or higher, IE 8.0 or higher, Chrome 5.0 or higher
GENERAL
External Power Supply 9V DC, Max 5.4W
Certification CE, FCC, RoHS
Package Contents NC200
Power Adapter
Extension Cable
RJ-45 Ethernet Cable
Quick Installation Guide
Environment Operating Temperature: 0°C~40°C (32°F ~104°F)
Storage Temperature: -40°C ~70°C (-40°F ~158°F)
Operating Humidity: 10%~90% non-condensing
Storage Humidity: 5%~90% non-condensing
Dimensions( H X W X D ) 3.8 x 2.4 x 0.9 in. (96 x 61 x 24mm)
Packaging Dimensions 5.0 x 3.1 x 8.8 in. (128 x 79.5 x 223mm)
Reviews
  • TP-Link NC200 Cloud Camera Ini adalah ulasan dan unboxing produk TP-Link NC200 Cloud Camera 300Mbps Wi-Fi enable. Jenama TP-Link sudah tidak asing lagi di Malaysia untuk penggemar produk network mampu milik. kotak-tp-link-nc200-cloud-camera-300mbps-wifi-depan-iklanlahpercuma.com Saya suka benar dengan peralatan TP-Link kerana harganya yang murah membuatkan ia sangat sesuai untuk saya mencuba teknologi baru dalam pasaran. Ia juga adalah produk nombor 1 dunia untuk kategori Wireless LAN pada tahun 2014 berdasarkan kaji selidik jualan IDC Worrldwide Quarterly WLAN Tracker. Ini adalah antara sebab kenapa saya pilih produk sekuriti TP-Link NC200 ini untuk ulasan unboxing saya kali ini. Kenapa produk kamera lagi dalam ulasan kali ini? Ini bukan sebarang kamera. Ia adalah sebuah cloud camera dan ia dibuat khas untuk sekuriti. Saya pilih TP-Link NC200 untuk kamera sekuriti kerana kejadian jenayah di Malaysia sungguh merungsingkan. Jenayah kini tidak mengenal waktu dan tempat sudah bertambah teruk sejak akhir-akhir ini. Saban hari kita membaca kejadian pecah rumah, samun, kecurian dan rompakan pada waktu siang dan malam. jenayah-pecah-rumah-curi-samun-malaysia-iklanlahpercuma.com Macam mana nak hidup tenteram kalau kita tidak berasa selamat di rumah sendiri. Cukup berat hati nak tinggalkan premis perniagaan yang penuh dengan barangan berharga. Oleh itu makin ramai orang sekarang memasang sistem penggera keselamatan. Tetapi jika alat penggera berbunyi pun bukan ada orang keliling yang kisah, lagi-lagi pada waktu cuti. Sistem penggera perlu buat panggilan kecemasan kepada smartfon anda. Bagaimana pula kita nak tahu yang jenayah sedang berlaku dan bukannya false alarm seperti pintu jeriji rumah kena bola anak jiran sebelah? Kita perlukan mata untuk scan rumah. Saya pilih cloud camera TP-Link NC200 ini kerana ianya: •murah •mudah dipasang •tiada kos pemasangan Ia sama sekali tidak memerlukan tambahan kerja pemasangan oleh kontraktor pendawaian yang boleh mencecah sehingga RM200 per point untuk menarik kabel video dan wayar elektrik. kotak-tp-link-nc200-cara-pasang-mudah-iklanlahpercuma.com Antara sebab utama kenapa saya pilih cloud camera TP-Link NC200 ini adalah kerana ia ada fungsi akses internet dengan menggunakan komputer atau smartfon. Ya, TP-Link NC200 boleh diakses menggunakan smartfon Android atau iOS. Kerja pemasangan kamera NC200 sangat mudah dan tidak rumit seperti perkakasan network lain yang memerlukan kita mendaftar khidmat dynamic DNS bagi mengakses network rumah atau pejabat. Anda tidak perlu lagi melanggan servis static IP dengan ISP. Sesiapa pun mampu pasang dan gunakan kamera ini dengan mudah, walaupun untuk orang yang buta IT. Jangan ingat kamera ini khas untuk sekuriti sahaja. Ia boleh digunakan untuk apa jua keadaan. Para ibubapa boleh gunakannya sebagai baby monitor untuk mengawasi bilik bayi. Harga baby monitor di kedai bayi lagi mahal berbanding kamera NC200 ini dan ia tiada fungsi akses internet. Kamera NC200 ini ada juga dilengkapkan dengan fungsi mikrofon untuk mendengar bunyi dan suara secara langsung dan ia boleh dirakam. kotak-tp-link-nc200-contoh-cara-guna-iklanlahpercuma.com Tetapi tidak dinafikan bahawa kegunaan asas kamera ini adalah untuk sekuriti dan ia berfungsi sangat baik sebagai alat sekuriti sokongan. Senario kegunaan kamera TP-Link NC200 adalah untuk sekuriti: •dalam rumah, ruang tamu atau bilik komputer •tempat letak kereta depan rumah (porch) untuk mengawasi kereta •belakang rumah (backyard) akses biasa pencuri •pejabat, kedai, butik, restoran, bengkel dan tempat perniagaan lain •kilang, stor dan gudang •kafe siber •sekolah, pusat sumber dan perpustakaan •masjid dan surau Banyak lagi kegunaan kamera TP-Link NC200 ini. Harganya yang murah membuatkannya sangat berbaloi untuk kita gunakan dalam skala besar untuk perniagaan jika kita kurang bajet untuk sistem kamera sekuriti yang lebih canggih seperti yang digunakan oleh syarikat kewangan. kotak-tp-link-nc200-info-sambungan-iklanlahpercuma.com TP-Link NC200 mudah diakses oleh anda di pejabat menggunakan komputer atau laptop. Para ibu yang bekerja mampu melihat keadaan anak-anak yang dijaga oleh pembantu rumah pada waktu kerja. Kamera boleh disorok tanpa pengetahuan orang gaji. Majikan pula boleh mengawasi pekerja mereka di cawangan daripada ibu pejabat atau keselesaan rumah. Jika anda hendak merakam video 24/7, adalah dinasihatkan anda memasang sistem ini di atas komputer atau laptop dengan hard disk yang besar. Kena kerja luar? Jangan risau kerana anda masih boleh akses sistem menggunakan iOS atau Android asalkan anda ada data plan. Malah jika anda melancong ke luar negara pun anda masih mampu akses guna aplikasi tpCloud jika anda langgan servis data roaming. Sebagai alternatif, anda boleh gunakan portal tplinkcloud.com di hotel atau kafe siber tanpa perlu servis data roaming. Sungguh canggih teknologi sekarang. kotak-tp-link-nc200-spesifikasi-iklanlahpercuma.com Spesifikasi kamera TP-Link NC200 •Sambungan wireless 300Mbps yang laju dan stabil •Mesej amaran melalui email atau FTP untuk motion sensor •1/4 progressive scan CMOS sensor memberikan gambar yang jelas dan tajam •Real-time MJPEG compression sesuai dengan apa jua keadaan bandwith •4x digital zoom •Microfon untuk merakam bunyi dan suara Unboxing TP-Link NC200 Kotak TP-Link NC200 yang sudah dibuka. Kamera tersusun kemas dalam kotak. Benda pertama yang terfikir apabila lihat kamera ini adalah robot Eve daripada animasi Pixar Wall-e. Mungkin kerana warnanya putih dengan rekabentuk yang elegan. unboxing-tp-link-nc200-01-iklanlahpercuma.com Kamera NC200 yang dibawa keluar daripada kotak luar. Kamera adalah ringan tetapi buatannya kemas dan kukuh. Ia juga ada kaki dimana kamera boleh berdiri atau dipasang di permukaan dinding atau siling. unboxing-tp-link-nc200-03-iklanlahpercuma.com Pandangan sisi kamera NC200. unboxing-tp-link-nc200-04-iklanlahpercuma.com Kepala kaki kamera menggunakan sendi bebola jadi kamera NC200 boleh digerakkan semua arah dengan mudah. Selepas itu sendi boleh dikunci agar ia tidak mudah berubah kedudukan. Di sini saya jadikan bentuk kamera NC200 seperti sebuah meja. unboxing-tp-link-nc200-05-iklanlahpercuma.com Anda boleh lihat belakang kamera dan sendi bebola dengan lebih jelas. Juga kelihatan adalah ethernet port dan power port. Adapter untuk kamera ini menggunakan 9V dan 0.6A. Di sebelah bawah adalah butang WPS/reset kamera. unboxing-tp-link-nc200-06-iklanlahpercuma.com Dalam pakej kotak TP-Link NC200 ini ada kamera NC200, power adapter, extension cable untuk power adapter, RJ-45 ethernet cable, 3M double tape dan juga manual TP-Link NC200 “Quick Installation Guide”. unboxing-tp-link-nc200-cloud-camera-300mbps-wifi-isi-kotak-iklanlahpercuma.com Kualiti Gambar TP-Link NC200 Setelah memasang kamera ini dalam masa kurang daripada 5 minit dengan mudah, saya berjaya merakamkan gambar pertama menggunakan kamera TP-Link NC200 pada sebelah lewat pagi. Cuaca mendung kerana hari nak hujan tetapi gambar tetap jelas. Gambar di rakam dari sebalik tingkap cermin rumah. gambar-siang-tpcamera-app-tp-link-nc200-cloud-camera-iklanlahpercuma.com Ini pula adalah kualiti gambar TP-Link NC200 pada sebelah senja. Gambar masih jelas. Tetapi ada kawasan gelap kerana kurang cahaya. gambar-senja-tpcamera-app-tp-link-nc200-cloud-camera-iklanlahpercuma.com Ini pula adalah kualiti gambar TP-Link NC200 pada sebelah malam. Anda perlu tahu bahawa ini bukanlah kamera IR (infra red) jadi ia memerlukan sumber cahaya untuk merakam gambar dengan jelas. Jadi pastikan kawasan yang hendak awasi ada sumber lampu. gambar-malam-tpcamera-app-tp-link-nc200-cloud-camera-iklanlahpercuma.com Ini pula adalah kualiti gambar TP-Link NC200 pada sebelah pagi keesokkan harinya. Kamera tidak panas langsung walaupun berfungsi semalaman. Silap, semenjak jam 11 pagi semalam jadi sudah 24 jam. gambar-pagi-tpcamera-app-tp-link-nc200-cloud-camera-iklanlahpercuma.com Resolusi video dan gambar adalah 640×480 MJPEG. Kualiti gambar adalah sederhana dan sudah cukup bagus untuk rakaman video kamera bajet. Anda tidak boleh bandingkan dengan kualiti gambar kamera HD kerana ia berada di kategori kamera premium. Oleh itu dinasihatkan kamera NC200 ini digunakan untuk kawasan tertutup dan kecil. Ia bukan untuk rakaman jarak jauh atau pandangan paranoma/parabola. Ia juga tidak direka untuk rakaman di luar rumah atau premis perniagaan. Kerana itu kamera NC200 tidak kalis air. Tetapi anda boleh pasang kamera di tingkap dalam rumah menghadap porch atau backyard. Gambar masih jelas dan objektif tercapai. Jika anda ingin menggunakannya untuk tujuan sekuriti, sila pasang kamera NC200 ini di setiap sudut penting yang mungkin dilalui penceroboh atau penjenayah agar muka mereka boleh dilihat dengan jelas untuk tujuan pengecaman. Kelebihan TP-Link NC200 Apa kelebihan lain kamera NC200 ini: •Motion detection. Email amaran boleh dihantar secara automatik dengan snapshot gambar. •Sambungan kamera wired atau wireless. Jadi anda boleh pasang kamera di kawasan yang tidak boleh dicapai dengan sambungan UTP cable. •Jika rumah atau premis perniagaan anda besar dan mempunyai WIFI blindspot, anda boleh gunakan kamera NC200 ini sebagai WIFI extender atau repeater untuk memperluaskan jaringan WIFI. Secara keseluruhannya saya amat berpuas hati dengan kamera TP-Link NC200 ini. Ia sememangnya memenuhi jangkaan saya. Itu sahaja ulasan saya kali ini. Jika anda ingin tahu cara memasang NC200, sila nantikan artikel akan datang saya. Saya akan tulis: •Panduan pasang kamera TP-Link NC200 dengan menggunakan smartfon •Panduan pasang kamera TP-Link NC200 dengan menggunakan komputer Berminat dengan kamera sekuriti ini? Boleh beli TP-Link NC200 di Lazada kerana ada harga promosi murah. Jangan lupa gunakan kupon diskaun Lazada untuk penjimatan yang lebih. Terima kasih kerana baca artikel Unboxing TP-Link NC200 Cloud Camera 300Mbps Wi-Fi. Jika anda suka, sila kongsikan artikel ini dengan keluarga, rakan atau kenalan. Jemput datang lagi.
  • Panduan Mudah Pasang Kamera TP-Link NC200 Dengan Smartfon Ini adalah artikel susulan selepas artikel Unboxing TP-Link NC200 Cloud Camera. Sila baca dahulu jika anda mahu. Jika anda hendak tahu cara pasang kamera TP-Link NC200, sila teruskan baca panduan ini. Pasang Kamera TP-Link NC200 Kamera NC200 ini bukan sekadar kamera IP biasa, ia ada sambungan khas ke server Cloud TP-Link. Walaubagaimanapun cara pasang kamera TP-Link NC200 ini tidak susah. Sudah ada manual bercetak yang boleh dibuat rujukan. Tetapi bagi mereka yang belum beli, boleh tengok dahulu jika ia sesuai dengan anda. Kalau manual hilang pun boleh jadikan artikel ini sebagai manual sampingan. panduan-pasang-tp-link-nc200-cloud-camera-01-iklanlahpercuma.com Ini adalah muka depan manual cara pasang kamera TP-Link NC200 dengan menggunakan smartfon. Pemasangan kamera dengan menggunakan smartfon ini mudah sahaja. panduan-pasang-tp-link-nc200-cloud-camera-02-iklanlahpercuma.com Sudah pasti anda kena pastikan ada sambungan internet di rumah atau premis perniagaan. Tidak kira samada anda menggunakan TM Unifi/Streamyx atau sambungan ISP lain. panduan-pasang-tp-link-nc200-cloud-camera-03-iklanlahpercuma.com Kalau anda perasan saya tidak menggunakan router stok TM kerana ia adalah sangat lemah, hanya sesuai untuk sambungan sehingga 3 atau 4 client kerana built in memori router terhad. Wifi AP router TP-Link pilihan saya semenjak saya masuk TM Unifi dahulu adalah TL-WR941ND dan firmware sudah di mod dengan OpenWRT untuk lebih banyak kuasa kawalan. Ini pun produk lama, belum ada bajet nak upgrade lagi. Produk ini adalah produk untuk kegunaan rumah atau pejabat kecil/SOHO oleh itu cuma ada 4 port ethernet di belakang router. Oleh itu, saya perlu buat sambungan ke switch untuk mendapat lebih banyak lagi port kosong. panduan-pasang-tp-link-nc200-cloud-camera-04-iklanlahpercuma.com Ini adalah 8-port network switch yang saya gunakan, jenama CNet. Masa beli dahulu saya pilih network switch yang paling murah, asalkan boleh jalan. Saya cabut satu sambungan router dan masukkan ke network switch. Sekarang saya ada lebih banyak port kosong untuk kegunaan alat yang perlukan sambungan network. panduan-pasang-tp-link-nc200-cloud-camera-05-iklanlahpercuma.com Kita mulakan sambungan dengan memasukkan power adapter dan juga kable UTP ke dalam port ethernet. Sila cucuk kepala RJ-45 sampai keluar bunyi klik untuk memastikan sambungan kemas. panduan-pasang-tp-link-nc200-cloud-camera-06-iklanlahpercuma.com Apabila anda buka suis tenaga elektrik di power adapter, lampu LED kamera NC200 akan menyala. Pastikan lampu di LED network switch juga menyala untuk port mana yang digunakan. panduan-pasang-tp-link-nc200-cloud-camera-07-iklanlahpercuma.com Anda perlukan perisian khas TP-Link untuk mengakses sistem kamera NC200. Saya gunakan smartfon Android. Jika anda gunakan iOS sama ada iPhone atau iPad, caranya sama sahaja. Sila gunakan mana-mana aplikasi QR Code Reader untuk mengimbas kod QR dalam manual. Jika manual hilang, anda boleh imbas gambar kod QR di atas. panduan-pasang-tp-link-nc200-cloud-camera-08-iklanlahpercuma.com Saya muat turun aplikasi QR Code Reader ini kerana kebetulan selepas saya tukar smartfon hari tu saya tidak pernah perlu gunakan QR Code Reader lagi. Boleh buat carian di Google Play atau muat mana-mana QR Code Reader yang anda fikirkan sesuai. panduan-pasang-tp-link-nc200-cloud-camera-09-iklanlahpercuma.com Selepas kod QR diimbas, maka akan ada amaran bahawa aplikasi hendak membuka laman https://www.tplinkcloud.com/appdownload.php dan anda mesti benarkan. panduan-pasang-tp-link-nc200-cloud-camera-10-iklanlahpercuma.com Sistem akan bertanya sekali lagi jika anda hendak benarkan default browser membuka dan memuat turun aplikasi Android tpCamera-1.3.0.apk daripada laman tadi. Sila benarkan. panduan-pasang-tp-link-nc200-cloud-camera-11-iklanlahpercuma.com Sekali lagi ada amaran browser pula mengenai bahaya muat turun aplikasi Android. Selepas muat turun sila jalankan aplikasi menggunakan status muat turun atau buka directory Download dalam memori SD menggunakan File Manager. panduan-pasang-tp-link-nc200-cloud-camera-12-iklanlahpercuma.comAnda akan dapat mesej mengenai pemasangan aplikasi tpCamera iaitu perisian smartfon kamera TP-Link NC200. panduan-pasang-tp-link-nc200-cloud-camera-13-iklanlahpercuma.com Setelah selesai memasang aplikasi tpCamera untuk kamera NC200 anda boleh terus buka. Pastikan smartfon anda sudah akses network WLAN menggunakan WIFI. panduan-pasang-tp-link-nc200-cloud-camera-14-iklanlahpercuma.com Sila tekan next sampai habis untuk melangkau panduan ringkas memasang kamera. panduan-pasang-tp-link-nc200-cloud-camera-15-iklanlahpercuma.com Tekan butang Start untuk mulakan proses pemasangan. panduan-pasang-tp-link-nc200-cloud-camera-16-iklanlahpercuma.com Jangan lupa pasangkan kamera di tempat yang anda hendak awasi dahulu. Saya pasang terus di cermin tingkap bilik atas untuk proses demonstrasi ini. Lihat betapa senang untuk mengunci kaki kamera di jeriji tingkap. panduan-pasang-tp-link-nc200-cloud-camera-17-iklanlahpercuma.com Aplikasi tpCamera akan mengesan kamera NC200 dalam network WLAN. Akan tertera semua alamat MAC kamera dalam jaringan network WLAN anda jika anda sudah terpasang semua kamera NC200. NOTA: Sila pastikan sekali lagi smartfon anda sudah di pasang fungsi WIFI jika kamera tidak dapat dikesan. Pastikan juga lampu LED kamera dan switch menyala. panduan-pasang-tp-link-nc200-cloud-camera-18-iklanlahpercuma.com Anda boleh ubah nama kamera jika ada lebih daripada satu dalam WLAN. NOTA: Untuk menyenangkan proses pemasangan, sila pasang kamera TP-Link NC200 satu per satu. Cuma buka suis untuk mana kamera NC200 yang hendak dipasang dahulu. Selepas itu berikan nama unik untuk kamera mengikut kod atau lokasi, jadi mudah sikit untuk trooubleshoot masalah atau mengesan kamera. panduan-pasang-tp-link-nc200-cloud-camera-19-iklanlahpercuma.com Kini masanya untuk anda daftar satu akaun TP-Link Cloud. Berikan satu username dan katalaluan dalam borang pendaftaran. Anda perlu bersetuju dengan terma dan syarat penggunaaan aplikasi tpCamera. Selepas itu tekan butang daftar akaun untuk portal Cloud TP-Link. Buat masa ini cuma satu akaun sahaja yang boleh mengakses kamera anda. panduan-pasang-tp-link-nc200-cloud-camera-20-iklanlahpercuma.com Panduan ini adalah untuk pasang kamera TP-Link NC200 secara berwayar atau wired. Tidak perlu tekan butang “Connect camera wirelessly:” panduan-pasang-tp-link-nc200-cloud-camera-21-iklanlahpercuma.com Anda akan terus dapat skrin paparan gambar video kamera NC200. Fungsi atas aplikasi tpCloud: Tekan ikon i di sebelah bawah kanan untuk dapatkan maklumat siaran stream video. Tekan ikon 480P untuk menukar atau memilih kualiti rakaman 480P atau 240P. Rakaman audio dibatalkan secara default. Tekan ikon speaker untuk mengaktifkan microfon di kamera NC200. Tekan ikon kamera video untuk memulakan rakaman ke dalam memori SD anda. Tekan ikon kamera untuk merakam gambar. Disebelah kiri sekali adalah ikon gambar preview rakaman untuk akses storan rakaman gambar dan video. Siaran video saya sekarang adalah dalam lingkungan 500-550KB/s bit rate dengan 15fr sesaat. Ia menghampiri masa sebenar atau real time kerana smartfon mengakses kamera NC200 menggunakan WIFI terus ke WLAN. Bit rate dan frame rate jatuh sedikit dan siaran lewat dalam 1-2 saat apabila mengakses siaran video menggunakan sambungan Telco UMobile. Ada banyak lagi fungsi kamera ini. Sila nantikan panduan saya dalam artikel seterusnya. Terima kasih kerana membaca panduan pasang kamera TP-Link NC200 ini dan sila kongsikan dengan menekan butang media sosial dibawah